A. Additional Provisions Applicable to Malaysia Only
1. The provisions of Paragraph A of this Addendum shall only apply to data subjects accessing or using the Services from Malaysia.
2. For purposes of Section 5 of this Policy, sensitive personal information shall refer to any personal data, consisting of information as to the physical or mental or conditions of a data subject, his political opinions, his religious beliefs or other beliefs of similar nature, the commission or alleged commission by him of any offense or any other personal data as may be specified under any order issued under the Personal Data Protection Act 2010.
3. Section 14 of the Policy is amended by replacing “13” with “18”.
B. Additional Provisions Applicable to Thailand Only
1. The provisions of Paragraph B of this Addendum shall only apply to data subjects accessing or using the Services from Thailand.
2. Section 14 of the Policy is amended by replacing “13” with “20”.
3. As a data subject, you have the following rights relating to the personal information under the PDPA:
a. Right to withdraw consent;
b. Right to access and request the copy;
c. Right to data portability;
d. Right to object to the collection, use or disclosure;
e. Right to erase, destroy or anonymize;
f. Right to restrict the use;
g. Right to correct, update, complete and to make it not misleading; and
h. Right to lodge a complaint for violation of the PDPA to the relevant authority.
If you have any concerns or would like to exercise any of your rights above aside from h., you may contact us at the address set out in Section 1 of this Policy.
C. Additional Provisions Applicable to Indonesia Only
1. The provisions of Paragraph C of this Addendum shall only apply to data subjects accessing or using the Services from Indonesia or to data subjects who are citizens or residents of the Indonesia.
2. Section 14 of the Policy is amended by replacing “13” with “21”.
3. In compliance with Indonesian Law No. 24 of 2009 on Flag, Language, National Emblem, and National Anthem, this Policy shall be prepared in both Indonesian language and the English language version which shall both be effective. In the event of any inconsistency between the Indonesian language and English language texts or should there be any dispute on the meaning or interpretation of certain provisions, the English language text shall prevail and the Indonesian language text will be deemed to be amended to conform with and to make the relevant Indonesian language text consistent with the relevant English language text.
D. Additional Provisions Applicable to Vietnam Only
1. The provisions of Paragraph D of this Addendum shall only apply to data subjects accessing or using the Services from Vietnam.
2. Regarding “User Information” in Section 5 of this Policy, you represent and warrant that the User Content does not include State secret.
3. Section 14 of this Policy is amended by replacing “13” with “16”. In addition, if the Minor is 7 years old or more, you confirm that the Minor also consents to the provisions of this Policy.
E. Additional Provisions Applicable to Philippines Only
1. The provisions of Paragraph E of this Addendum shall only apply to data subjects accessing or using the Services from the Philippines, or to data subjects who are citizens or residents of the Philippines.
2. For purposes of Section 5 of this Policy, sensitive personal information shall refer, among others, to personal information:
a. about an individual’s race, ethnic origin, marital status, age, color, and religious, philosophical or political affiliations;
b. about an individual’s health, education, genetic or sexual life, or to any proceeding for any offense committed or alleged to have been committed by such; or
c. issued by government agencies peculiar to an individual.
We will only process your sensitive personal information with your express consent and for purposes expressly stated in this Policy, or in accordance with applicable law.
3. Section 14 of the Policy is amended by replacing “13” with “18”.
4. As a data subject, you have following rights under the Philippine Data Privacy Act of 2012 (R.A. No. 10173):
a. Right to be informed;
b. Right to object;
c. Right to access;
d. Right to rectification of erroneous data;
e. Right to erasure of your personal information;
f. Right to be indemnified for damages;
g. Right to data portability; and
h. Right to lodge a complaint for violation of your data privacy rights.
If you have any concerns or would like to exercise any of your data privacy rights, you may contact us at the address set out in Section 1 of this Policy. If you are not satisfied with our response, you are also entitled to lodge a complaint with the National Privacy Commission. For further information, please refer to https://www.privacy.gov.ph/.
ADENDUM
A. Peruntukan Tambahan yang Terpakai bagi Malaysia Sahaja
1. Peruntukan Perenggan A Adendum ini hendaklah hanya terpakai bagi subjek data yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan dari Malaysia.
2. Untuk tujuan Seksyen 5 Dasar ini, maklumat peribadi sensitif hendaklah merujuk kepada sebarang data peribadi, yang terdiri daripada maklumat mengenai keadaan fizikal atau mental subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat serupa dengannya, perlakuan atau dakwaan perlakuan apa-apa jenayah olehnya atau sebarang data peribadi lain sebagaimana yang dinyatakan di bawah mana-mana perintah yang dikeluarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
3. Seksyen 14 Dasar ini dipinda dengan menggantikan “13” dengan “18”.
B. Peruntukan Tambahan yang Terpakai bagi Thailand Sahaja
1. Peruntukan Perenggan B Adendum ini hendaklah hanya terpakai bagi subjek data yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan dari Thailand.
2. Seksyen 14 Dasar ini dipinda dengan menggantikan “13” dengan “20”.
3. Sebagai seorang subjek data, anda mempunyai hak-hak berikut berkaitan dengan maklumat peribadi di bawah Personal Data Protection Act B.E. 2562 (2019):
a. Hak untuk menarik balik persetujuan;
b. Hak untuk mengakses dan meminta salinan;
c. Hak kemudahalihan data;
d. Hak untuk membantah pengumpulan, penggunaan atau pendedahan;
e. Hak untuk memadamkan, memusnahkan atau menjadikan tanpa nama;
f. Hak untuk mengehadkan penggunaan;
g. Hak untuk membetulkan, mengemaskinikan, melengkapkan dan menjadikannya tidak mengelirukan; dan
h. Hak untuk mengemukakan aduan pelanggaran PDPA kepada pihak berkuasa yang relevan.
Jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan atau ingin menggunakan mana-mana hak anda selain daripada h., anda boleh menghubungi kami pada alamat yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Dasar ini.
C. Peruntukan Tambahan yang Terpakai bagi Indonesia Sahaja
1. Peruntukan Perenggan C Adendum ini hendaklah hanya terpakai bagi subjek data yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan dari Indonesia atau bagi subjek data yang merupakan warganegara atau pemastautin Indonesia.
2. Seksyen 14 Dasar ini dipinda dengan menggantikan “13” dengan “21”.
3. Dengan mematuhi Undang-undang Indonesia No. 24 tahun 2009 mengenai Bendera, Bahasa, Lambang Kebangsaan dan Lagu Kebangsaan, Dasar ini hendaklah disediakan dalam versi bahasa Indonesia dan juga versi bahasa Inggeris, yang kedua-duanya hendaklah berkuat kuasa. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten antara teks bahasa Indonesia dan teks bahasa Inggeris, atau sekiranya terdapat apa-apa pertikaian mengenai maksud atau tafsiran peruntukan tertentu, teks bahasa Inggeris hendaklah mengatasi teks bahasa Indonesia, dan teks bahasa Indonesia akan disifatkan sebagai dipinda supaya selaras dengan, dan untuk menjadikan teks bahasa Indonesia yang relevan itu konsisten dengan, teks bahasa Inggeris yang relevan.
D. Peruntukan Tambahan yang Terpakai bagi Vietnam Sahaja
1. Peruntukan Perenggan D Adendum ini hendaklah hanya terpakai bagi subjek data yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan dari Vietnam.
2. Berhubung dengan “Maklumat Pengguna” dalam Seksyen 5 Dasar ini, anda memberikan representasi dan jaminan bahawa Kandungan Penggunaan tidak termasuk rahsia Kerajaan.
3. Seksyen 14 Dasar ini dipinda dengan menggantikan “13” dengan “16”. Tambahan lagi, jika Orang Belum Dewasa itu berumur 7 tahun atau lebih, anda mengesahkan bahawa Orang Belum Dewasa itu juga bersetuju dengan peruntukan Dasar ini.
E. Peruntukan Tambahan yang Terpakai bagi Filipina Sahaja
1. Peruntukan Perenggan E Adendum ini hendaklah hanya terpakai bagi subjek data yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan dari Filipina, atau bagi subjek data yang merupakan warganegara atau pemastautin Filipina.
2. Untuk tujuan Seksyen 5 Dasar ini, maklumat peribadi sensitif hendaklah merujuk, antara lain, kepada maklumat peribadi:
a. tentang ras, asal etnik, status perkahwinan, umur, warna kulit, dan afiliasi agama, falsafah atau politik seseorang individu;
b. tentang kesihatan, pendidikan, kehidupan genetik atau seksual seseorang individu, atau kepada mana-mana prosiding bagi apa-apa jenayah yang dilakukan atau didakwa telah dilakukan olehnya; atau
c. yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan khusus untuk seseorang individu.
Kami hanya akan memproses maklumat peribadi sensitif anda dengan persetujuan nyata anda dan untuk tujuan yang dinyatakan dengan jelas dalam Dasar ini, atau mengikut undang-undang yang terpakai.
3. Seksyen 14 Dasar ini dipinda dengan menggantikan “13” dengan “18”.
4. Sebagai seorang subjek data, anda mempunyai hak-hak berikut di bawah Akta Privasi Data Filipina tahun 2012 (No. R.A. 10173):
a. Hak untuk diberitahu;
b. Hak untuk membantah;
c. Hak untuk mengakses;
d. Hak pembetulan data yang salah;
e. Hak pemadaman maklumat peribadi anda;
f. Hak untuk ditanggung rugi terhadap ganti rugi;
g. Hak kemudahalihan data; dan
h. Hak untuk mengemukakan aduan kerana pelanggaran hak privasi data anda.
Jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan atau ingin menggunakan mana-mana hak privasi data anda, anda boleh menghubungi kami pada alamat yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Dasar ini. Jika anda tidak berpuas hati dengan respons kami, anda juga berhak mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Privasi Nasional. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk kepada pautan https://www.privacy.gov.ph/.